Shalis Care

Shaliscare adalah sebuah syarikat pemilikan tunggal yang ditubuhkan di sebuah premis yang beralamat di PT 906, Desa Darul Naim, Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini ditubuhkan oleh Puan Shahzayati binti Che Hassan dan beliau juga bertindak sebagai Pengarah Urusan bagi syarikat ini. Latar belakang beliau dalam bidang kejururawatan serta pengalaman kerja sebagai jururawat di hospital-hospital mendorong beliau untuk mengembangkan lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembekal alatan kesihatan.